BISNES TOPUP PREPAID

Dapatkan bekalan topup serendah RM3 (Celcom & Maxis) dan RM5 (Digi) di sini.

  • Blog Stats

    • 90,603 hits

PELUANG PERNIAGAAN

Produk utama: Maxis RM3, Celcom RM3, Pelan Pascabayar Celcom, Data Card, 3G USB Modem, Mobile Phone Original, Starter Pack Xpax, VIP No, Aksesori
Bisnes Topup Prepaid (BTP) menawarkan peluang perniagaan yang menarik dan terhangat di pasaran pada masa kini iaitu perniagaan prepaid (jualan topup) dan juga perniagaan lain yang berkaitan dengan industri telekomunikasi dan teknologi maklumat.

KELEBIHAN PERNIAGAAN INI

* Sah disisi undang-undang.
* Bukan multi-level marketing (MLM).
* Bukan skim cepat kaya.
* Yuran pendaftaran serendah RM100 (PERCUMA sempena promosi pembukaan baru).
* Yuran proses percuma.
* Tiada yuran bulanan.
* Tiada yuran tahunan.
* Modal pusingan minima RM500.
* Keahlian seumur hidup (selagi Bisnes Topup Prepaid wujud).
* Perniagaan boleh dijalankan di rumah, di tempat kerja (pejabat), di kolej atau universiti asalkan anda boleh menggunakan telefon selular/bimbit dan juga boleh mengakses internet menggunakan komputer.
* Margin keuntungan yang tinggi (sehingga 5% untuk jualan topup).
* Sistem topup yang menggunakan kaedah auto-reload (topup terus dimasukkan ke nombor telefon selular pelanggan anda).
* Urusniaga topup boleh dilakukan pada bila-bila masa (24 jam 7 hari seminggu).
* Boleh menjual topup untuk ketiga-tiga telco utama (Celcom/Maxis/Digi).
* Kad prepaid/IDD/STD seperti iTalk akan diperkenalkan dimasa hadapan.
* Terdapat juga produk lain untuk jualan dan margin keuntungannya lebih tinggi berbanding margin jualan topup.
* Anda tidak perlu menyimpan bekalan stok (ia diuruskan secara elektronik oleh perisian khas kami), jadi tiada berlaku kecurian atau kehilangan stok.
* Memperoleh laporan melalui sms setiap kali urusniaga topup dilakukan.
* Bantuan menerusi emel, Yahoo Messenger, MSN Messenger dan juga Google Talk (text sahaja).
* Keuntungan jualan topup diberikan secara harian.
* Imbuhan yang lumayan (RM20 hingga RM5000 bagi setiap rakan) akan diberikan sekiranya anda berjaya memperkenalkan Bisnes Topup Prepaid (BTP) kepada rakan anda yang lain (Program Insentif Bisnes Topup Prepaid).
* Pembekal perkhidmatan ini merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar di Malaysia dan mendapat sokongan daripada agensi kerajaan seperti MeCD dan juga MARA.

APA SEBENARNYA BISNES TOPUP PREPAID (BTP)?

Bisnes Topup Prepaid (BTP) merupakan jenama yang dilancarkan oleh syarikat kami (N COMMUNICATION EQUIPMENT) semenjak 2007, untuk merialisasikan hasrat anda untuk berniaga prepaid/topup. BTP bukanlah multi-level marketing atau MLM, oleh itu, pihak BTP tidak melantik agen atau seangkatan dengannya. Apabila anda menjual produk prepaid/topup, keuntungan tersebut tidak akan dikongsi bersama orang lain. Tidak ada sesiapa yang menindas sesiapa, tidak ada orang atas atau orang bawah. Hanya anda yang mendapat untung.

Apa yang pihak kami lakukan sebenarnya menyediakan platform kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berniaga prepaid/topup secara serius atau secara sambilan. Apabila anda mendaftar, kami akan memberikan anda akses kepada satu perisian yang diberi nama SEBTP. Anda boleh mengakses SEBTP hanya menerusi sms dengan menggunakan telefon bimbit/selular anda. Menerusi perisian SEBTP inilah anda akan dapat menjual topup tersebut. Akan tetapi, anda perlulah mempunyai kredit (KTP) yang secukupnya. Kredit inilah yang biasa dipanggil orang sebagai modal. Kalau hendak berniaga, mesti ada modal bukan? Pihak BTP telah menetapkan modal minima sebanyak RM500. Dengan modal RM500 ini, anda akan memperoleh 500 kredit (KTP). Setiap kali anda menjual topup, kredit (KTP) ini akan ditolak mengikut nilai topup yang anda jual dan dalam masa yang sama, anda akan memperoleh mata (MTP). Nilai mata (MTP) inilah keuntungan anda. Nilai mata (MTP) yang anda peroleh ini bergantung kepada jenis topup yang anda jual. Sekiranya anda menjual lebih dari sekali atau banyak, nilai mata (MTP) ini akan berkumpul dan dalam masa 24 jam, jumlah terkumpul tersebut akan ditukarkan kepada kredit (KTP). Dengan kredit (KTP) ini, anda boleh menjual semula. Begitulah proses ini berterusan. Sekiranya kredit (KTP) anda hampir habis, anda boleh beli/tambah kredit (KTP) anda dengan cara membuat pesanan, juga menggunakan SEBTP. Secara ringkas, pihak BTP menyediakan stok. Anda pula sebagai peniaga perlu membeli stok dengan menggunakan modal. Stok tersebut pula akan dijualkan kepada pelanggan anda. Apabila anda menjual, anda akan mendapat untung.

PERALATAN YANG DIPERLUKAN

* Tidak perlu membeli sebarang peralatan yang mahal.
* Hanya gunakan telefon selular yang sedia ada milik anda dan juga…
* Satu simkad bernombor 019 atau 013 atau 0148 (dari telco Celcom).

APA YANG PERLU DILAKUKAN?

Sekiranya anda telahpun memiliki peralatan seperti yang dinyatakan di atas, anda bolehlah membuat permohonan untuk mendaftar sebagai pengguna BTP. Selepas pendaftaran berjaya, nombor telefon selular anda (019/0148/013) akan diaktifkan dan anda akan diberikan buku panduan (e-book) bagi membantu anda memulakan perniagaan ini.

Sila klik di sini untuk mendaftar sekarang!

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: